25 May 2011

AIR MINERAL RUQYAH (AL QURAN)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Pusat Rawatan Al Abyad menawarkan penyembuhan penyakit-penyakit rohani (gangguan, saka, sihir, dsb) menggunakan al-Quran 100%. Anda akan dirawat oleh Ustaz Izham Fahmi yang memiliki tauliah, inshaallah...

Salam...

Air mineral yg telah di baca dengan ayat2 RUQYAH (AL Quran). InsyaAllah blh menghindari dari gangguan makluk halus (JIN), kanak2 demam, kanak2 nages dll. (Seelok2 scan oleh perawat jika sakit yg serius)


Air Mineral Brand: Gau
1 Botol 1.5 Liter = RM2.50
1 kotak (12 Botol) = RM30.00

Jika anda mengalami masalah gangguan jin (makhluk halus), sila hubungi Ustaz Izham Fahmi: 0193488445 (No. Pendaftaran:001991669-x)

09 February 2011

Sejak Jadi Suri Rumahtangga

Salam...

Sejak jadi suru rumahtangga ni, mmg keje x pernah abis,basuh baju,sidar baju,gosok baju,lipat bj,masak,kemas umh,urus keperluan anak2... hari2 buat keje yg sama,kandang2 bosan tp nasib ank si syahmi faqiih & shakil ferhad,terubat juga kebosan mama.. dgn telatah diaorg, kandang lucu,kandang geram pn ada...alamak shakil dh buat..stop sini dl,nati sambung blk...

05 December 2010

Doa Akhir tahun dan awal tahun

Doa Awal dan Akhir Tahun

Doa Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Doa Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:


Quote:
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.